Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Tuesday, April 26, 2016

Forex Mudah by Jo

~Alkisah nak jadi kaya raya... Nak mengejar wang berjuta-juta.. Modalnya alahai senang saja.. blablablalabla... ~

Siapa nak kaya????? Angkat kaki tangan laju-laju. Amboi cakap pasal kaya memang laju je korang kan. Patut tajuk letak tips untuk jadi kaya. Confirm rating naik. hahaha. Oklah ni nak cerita cara macam mana untuk tambah income je. Bukan skim cepat kaya ye. Kalau fikir nak cari skim cepat kaya boleh main jejauh ye. shuh... Kalau nak dengar pasal MLM pun bukan. Boleh leave page.. hihihi..

Ni nak cerita pasal FOREX. Aku akan cerita berdasarkan apa yang aku faham lah.. Korang tahu ke forex tu apa? Ianya sejenis kuih yang boleh dimakan dan rangup. ok tu aku tipu. Forex ni nama lain dia Foreign Exchange atau dalam bahasa jawa nya urusniaga mata wang. Perdagangan/ transaksi ni melibatkan mata wang satu2 negara dengan negara yang lain di dunia selama 24 jam secara berterusan. Mata wang yang didagangkan pulak ada USD, YEN, EUR dan banyak lagi. So, kalau nak tahu detail korang boleh google je pasal forex ni memang berlambak-lambak la keluar.

Tapi bukan ke FOREX ni haram???? Ha???? jeng jeng jeng... Ok pasal hal ni memang banyak dah diperdebatkan dan macam-macam fatwa semua keluar. Kalau korang google pun memang akan banyak cerita dan video ceramah upload pasal hukum forex ni. Tapi kebanyakannya yang menjatuhkan hukum berdasarkan apa yang di dengar dan bila ditanya tak tahu pun sebenarnya forex ni apa. Sampailah aku dengar satu video daripada ustad pakar ekonomi (nama aku terlupa plak). Apa yang dinyatakan memang mudah untuk kita faham dan berlandaskan syarita Islam. Nak tahu apa dia cakap ???? Nak buat apa sekali pun mesti kene ada ILMU dan pastikan tidak berkait dengan RIBA' dan JUDI.

Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan??? Nampak ke idok???
ILMU
Nak buat apa sekali pun kene ada ilmu..Barulah tak terpesong. So, haram ke tidak forex ni??? Tepuk dada tanyalah Iman. Maknanya kene berguru lah untuk mencari ilmu. Jangan pakai buat tanpa hala tuju je.

Aku pun try lah cari sumber2 berkenaan forex ni. Hampir 2 tahun gak la. Just baca info2 dan blog yang cerita pasal forex ni. Macam2 yang keluar. Memang semua tunjukkan duit yang berkepuk2. Tipulah kalau aku cakap tak terliur kan. Manusia biasa. Tapi masih tak paham pasal forex dan banyak jumpa yang merapu gak pun ada.. Yang macam MLM pun ada. Bila kita masuk je, orang atas kita akan dapat untung jugak. Yang ni pun ada orang offer aku masuk dan nak ajar murah sangat2. Tapi ada beberapa sebab yang aku tak berkenan untuk aku berguru.

Sampai lah aku terbaca instagram Cik Epal berkenaan forex. Tapi bukan dia yang ajar. Laki dia Jofliam yang ajar. Kalau tengok ayat2 dalam instagram dia memang rasa nak ketuk kepala dia laju2 je. Hahaha.. Melting dohhh.. Lepastu kalau tengok dalam tu memang pergi melancong saja. Gila tak teruja kau. Dalam tu aku nampak la  #FOREXMUDAHBYJO. Aku agak ni lah kelas dia. Lama gak la aku jadi silent reader. Makin lama aku tengok student dia makin ramai. Zaman sekarang ni kalau benda tak betul memang cepatlah viral kan. Tapi aku baca feedback student dia semua best-best. So, dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak bagaikan diletak ABC ditengah panas terik mentari penuh kemanisan. Aku pun direct wassup la dgn owner dia Jofliam. So, dia bagi detail-detail semua untuk aku jadi 1 of his student. Kelas pulak ada 2 jenis face to face dan online. Pilih yang korang senang la.  Before pergi kelas tu dia ada bagi nota. Serius cakap nota dia memang ringkas dan padat. Sampai aku mula-mula rasa macam aik betul ke mamat ni. Selalu yang aku duk google tu macam banyak gila nota hukum hakam bagai and complicated gile. Ok positif-positif. Nama pun FOREXMUDAHBYJO . Kene mudah la kan. Kalau susah dia letak la forexsusahbyjo ke forexcomplicatedbyjo ke. ok merapu dah.

Aku punya kelas awal 3/4/16 aritu. Baru je lagi kan. Maximum 5 orang je satu kelas. Berdebar gak nak masuk kelas dengan orang tak kenal. Kelas start pukul 10 pagi. Sampai awal dah tapi pusing2 sampai tersesat plak. Adeiii. Pastu main parking depan bangunan yg tak boleh parking kene saman pulak. Sadis betul.. Dugaan nak buat benda hebat kan. Huhuhu. Masa dalam kelas dia ajar semua dari basic, teknikal sampai la untuk entry. Lengkap dan padat. Tapi secara santai je. Ni yang sangat penting untuk membezakan forex dengan judi. Korang kene tahu nak baca chart dan bukan suka-suka je nak entry tanpa hala tuju. Apa yang penting kene minimizekan loss dan maximizekan profit. Masa tu barulah nampak apa yang budak2 dalam group selalu discuss. Owh lupe pulak. Once korang dah confirm nak masuk kelas FOREXMUDAHBYJO, nanti dia akan masuk kan korang dalam group telegram FOREXMUDAHBYJO (FMBJ). So, apa-apa news dia akan direct update kat situ. Kalau lepas kelas masih ada yang tak berapa faham pun korang boleh tanya kat situ. Banyak dah yang master ada dalam group tu. Kalau Jofliam tak ada, confirm2 ada yang akan tolong jawab. Padahal tak kenal pun tapi ukhuwah tu InshaAllah ada. Bagusnya diorang ikhlas nak sama2 dapat profit. Yelah diorang bukan dapat kepentingan pun kalau kita profit dan diorang pun tak rugi apa2 kalau kita loss. Tu yang bagus kat sini. Bukan setakat type2 je.. siap dengan gambar diorang upload untuk bagi kita betul2 faham. Bila ada best setup untuk entry confirm akan ada yang inform kat group. So yang blur2 ayam macam aku ni boleh la ikut je dulu. hihihi.. Lepas 1st kelas tu, akan ada pulak kelas follow up. Maknenye korang bayar sekali tapi dia akan ajar sampai bila-bila. Of course la ada date untuk follow up. Nampak tak yang bahagian ni pun dah memudahkan korang. Korang kalau masuk U pun kene bayar tiap semester kan. 

So, bila aku dah try sendiri aku memang suggest lah untuk beguru dan attend kelas  FOREXMUDAHBYJO ni. Aku pun budak baru belajar. Tak berapa nak pandai sangat nak terangkan. Tapi alhamdulillah faham. Kalau tak berapa confident korang boleh guna demo account dulu sebelum trade pakai real account macam aku. Kalau korang nak tahu best ke tidak FOREXMUDAHBYJO ni. Pergilah skodeng instagram Jofliam . Tanya direct kat dia.. InshaAllah korang pun akan dapat kebaikan dari dunia forex ni. Daaaa ~~~



Nah amek gambar sekeping. Cantik kan tempat kitorang belajar. Macam tepi laut. padahal tingkat 30 lebih rasenye. Lupe sudah.


Ni ada contoh video pasal #FOREXMUDAHBYJO 

5 comments:

  1. uuu nice3. jemput datang blog saya pulak ye http://aj7835.blogspot.my/2016/04/bagus-sangat-ke-forexmudahbyjo-tu.html

    ReplyDelete
  2. Selamat Siang,
    saya sudah membaca blog anda, sangat mudah di pahami dan saya sangat tertarik untuk bekerja sama dengan anda, kami dari Forexmart menawarkan kerja sama affiliasi yang sangat menguntungkan untuk anda, jika anda berminat dan tertarik dengan penawaran ini bisa menghubungi email saya di hellokittykucing89@gmail.com dan saya akan memberikan informasi yang lebih lengkap mengenai penawaran kerjasama ini.
    Terima Kasih dan salam sukses untuk anda

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Selamat siang admin
    Saya Okta dari broker ForexMart.
    Kami tertarik untuk menawarkan kerjasama afiliasi kepada anda. Bolehkah saya meminta nomor kontak untuk membicarakan ini lebih lanjut? Atau anda juga bisa menghubungi saya melalui 08111622285 / okta@forexmart.com
    Terima kasih
    Okta
    Business Development

    ReplyDelete