Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Wednesday, April 27, 2016

Jalan-jalan cari makan di Kuala Selangor

Oit siapa kata di Selangor tak ada tempat makan best. Ada banyak tau. Cuma aku je tak berapa nak explore sebelum ni. Padahal anak jati Selangor tu. Tapi tinggal di Klang. So, boleh maafkan lah daku yang tak tahu makanan best2 area Kuala Selangor ni.

Biasa kalau sebut belah2 sana ni confirm yang glamour Sekinchan ikan bakar dan Aroma ikan bakar. Tapi sekinchan aku tak berapa gemar. Kalau Aroma tu memang favourite gak la. Harga pun boleh tahan. Tapi sebenarnya banyak lagi kedai makan yang best2 kat sana tu. Last week aku ni terikut lah laki aku pergi lawat match bola kat tanjung karang dalam paksa rela. Sebab dah tahu dah confirm bosan tengok orang main bola. Tapi bila ajak bab makan memang laju lah aku mengikut. Hihihihi. Tapi yang tak syok nya aku tak ambil sekeping pun gambar. Mana tak nye dah jadi mak orang ni memang confirm lah sibuk bergaduh dengan anak nak makan bagai. So, gambar yang aku upload jap lagi semua ihsan google ye... Huhuhu...

Ni aku senaraikan tempat makan yang boleh korang try :

1) Aroma Ikan Bakar, Jeram

gambar ehsan google

Tempat ni memang senang je nak cari. Kalau dah sampai jeram tu, korang pandang belah kiri je nanti ada signboard aroma ikan bakar ni. Pastu terus je nanti sebelum sampai ke pantai jeram amek simpang kiri memang nampak aroma ni. Kedai dia besar dan memang ramai orang. Kalau hari cuti datang petang lagi bagus. Tempat makan dia pun ada 2 jenis. Kalau nak duduk dekat bamboo tu korang kene bayar. tak ingat la rm20 kot. Tapi kalau duduk kat kerusi biasa free je. ala kat bamboo tu macam duduk kat tepi pantai la. Tapi aku tak pernah try pun sebab datang nak mencekik je. hihihi.

2) Mentarang Bakar, Sekinchan

   

Yang ni dah dekat dengan Sabak Bernam. Tapi ni aku makan dah lame gile.. Tengok gambar tu Khalil kecik lagi kot. hihhihi. Kalau x silap kedai ni belah kanan kalau dari Klang. Ala tepi2 tu banyak yang jual mentarang bakar ni. Yang sekarang aku dengar yang glamour Faridah mentarang bakar. So korang google je confirm keluar. Tapi kedai ni siang je. Kalau datang malam nampak tapak kedai je. hihihi

3) Kari ikan sembilang, Tanjung karang

Yang ni aku try google gambar macam tak ada yang sama la pulak. Tapi dia tepi jalan besar je. Signboard pun besar. Kalu dari Klang belah kanan. Boleh tahan gak la. Kalau tak nak kari, korang boleh minta asam pedas ikan sembilang. Ikan pulak korang boleh minta seekor atau sepotong. Ikan tu besar tau kalau seekor. Bagi tekak aku ok lah. Coconut ice cream pun ada. Tu anak aku yang makan. 

4) Coconut shake, Pasir Penambang

gambar ehsan google

Korang jangan fikir klebang je ada coconut shake. Kat pasir penambang pun glamour. Tapi rase dia aku xtahu la plak. Sebab dah kenyang dan masa tu ramai sangat orang. So malas nak tunggu. Tapi dah ramai tu aku assume sedap la kot. Kedai tepi jalan gak dan kalau dari Klang belah kanan.

5)Nasi ambeng Warung ibu

gambar ehsan google

Ni pun aku tak tahu sedap ke tidak. Aku nampak signboard besar tepi jalan. Pastu nampak macam ramai orang. So siapa yang teringin nasi ambeng tu boleh try la. Bagi aku nasi ambeng kene makan time lapar. Kalau tak kene kongsi2 sebab potion dia agak banyaklah.

6) Air mangga fresh

gambar ehsan google

Ni on the way nak ke sabak bernam memang korang akan nampak kat kiri dan kanan banyak orang jual mangga. Kadang-kadang ada jambu air, jagung dengan ciku. Air mangga fresh pun diorang ada jual. Memang best la. Terbaik dari ladang.

7) Air Nira Nipah

gambar ehsan google

Siapa tak pernah minum sila angkat tangan. hihihi. Air nira nipah ni sedap. Dia rasa manis gak la. Tapi ada rasa macam rasa buah gak. Tak tahu la nak describe macam mana. Tapi bagi aku sedap. Kadan-kadang susah gak nak dapat. Sebab dengar cite susah gak nak dapatkan nira nipah ni. Ni yang fresh tau. Tak ada campur apa-apa pun. Tepi2 jalan banyak jual tapi korang jangan bawak laju2. Confirm terlepas sebab gerai diorang ni kecik2 je. Area tg karang yang banyak air nira ni.

8) Cendol Bakar Kuala Selangor

Ha yang ni jangan korang mimpi pulak makan cendol yang dibakar berasap2. Nama owner dia Bakar. Tu sebab letak cendol bakar. Kalo Ali diorang letak le cendol Ali. Dengar kata sedap sebab ramai gile orang. Tapi aku tak pernah rasa lagi. Cawangan dia pun banyak. Kat Melaka ada kat area nak ke Melaka Freeport Outlet. Kat dengkil pun ada satu. Yang lain korang google ek. hihihi..

Ha siapa kata Selangor tak ada makanan best-best. Ni aku dah senaraikan .. So korang boleh le pergi tengok sedap ke tak. Ni semua area jeram, Kuala Selangor, Tg Karang , Sekinchan... Senang cite jalan nak ke Sabak Bernam la..

No comments:

Post a Comment