Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Monday, February 1, 2016

Tips kurus (Air halia madu)

Actually air halia madu ni terbuat secara tak sengaja. Tak terfikir pun yang air ni boleh buat kurus. Pagi2 masak air nak buat sarapan terpandang la pulak halia muda yang super banyak sebab beli dengan tesco online. Pasal tesco online nanti cite next entry ye. nak buat air halia madu ni memang sangat2 la senang.

Resepi Air Halia Madu:
1) Seulas halia muda ditumbuk (Aku ketuk pakai pisau je)
2) Tuang air panas mendidih
3) Masukkan madu dua sudu (Aku gunakan madu jenama Khaulah)

Taraaaaa dah siap dah...senang sangat kan.

                                                                  (gambar ehsan google)

Punyelah excited sampai telupe nak tangkap gambar. Tapi memang sedap dan tahu banyak khasiat air halia madu ni. Tapi dah minum baru sibuk google cari kebenaran khasiat air halia madu ni. Nah bagi korang baca khasiatnya ye.


KHASIAT MADU



1) Mengubati luka dan parut
Madu mengandungi propolis, glukosa, sari, vitamin, mineral dan enzim yang mampu mempercepatkan penyembuhan luka. Ia mampu meransang pertumbuhan dan penyembuhan serta dapat menghilangkan parut.


2) Menghaluskan kulit
Khasiat didalam madu dapat menguraikan sel2 kulit mati, meningkatkan elastik kulit dan menyimbangkan minyak untuk menjadi agen awet muda, Gula dan asid amino di dalam madu mampu mengekalkan kelembapan kulit.


3) Anti oksida
Madu mempunyai anti oksida yang sangat tinggi sehingga mampu melawan radikal bebas daripada menyerang tubuh badan. Kiranya boleh melawan penyakit la..

4) Menurunkan kolestrol dan gula
Walaupun madu ni manis daripada gula, namun ia mampu diserap di dalam darah secara berperingkat. Tapi yang ada kencing manis janganlah telan madu banyak sangat. Bahaya juga.

5) Mengurangkan batuk
Madu yang mengadungi propolis mampu melegakan batuk dan kahak. Masalah pernafasan juga mampu dikurangkan dengan pengambilan madu secara berperingkat.


Madu ni antara makanan sunnah juga. So, memang banyak sangat khasiatnya bila kita amalkan.




KHASIAT HALIA

Sunnah Nabi Muhammad s.a.w Kelebihan Dan Khasiat Halia(Zanjabil) Allah s.w.t berfirman, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil.” (Surah Al-Insan : 17). Rupa-rupanya air halia ini merupakan minuman syurga. 

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan
Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
Ginger meningkatkan penyerapan dan merangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi kerana halia meransang rembesan enzim gastrik dan enzim.Hal ini dengan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan Demam dan Selesema
Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam danselesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari
5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut
Halia sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin dan ibuprofen
6. Mencegah Barah Usus
Satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanserkolorektal/ Usus.
7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.
8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa
Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.
9. Rawatan Kanser ovari
Serbuk halia mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.
10. Menguatkan imuniti
Halia membantu meningkatkan sistem imun. Pengambilan sedikit halia sedikit sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Ia juga mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu melegakan batuk dan kegatalan tekak.
11. Mengurangkan Morning Sickness
Halia berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
Itulah serba sedikit khasiat hali dan madu ni. Memang banyak khasiatnya. Air hali madu pulak mampu untuk menurunkan berat badan. Halia yang bersifat panas akan memudah dan mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan. Air halia madu juga mampu memberi rasa kenyang berpanjangan. So, jom le kita minum air halia madu. Tapi minum masa tengah panas. Kalau dah sejuk memang tak mampu sikit nak menelannya sebab akan rasa macam pedas2 gitu. So, try lah dulu. sedapppppp.. cenggini kawwww....