Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Thursday, August 24, 2017

New York Hotel, Johor Bahru - Murah

Last entry ada cerita tentang New York Hotel kan masa last year kitorang berjimba di JB. So, Aku share sikit la apa yang best kat hotel ni.

Hotel ni merupakan hotel 4 star yang terletak di bandaraya Johor Bahru dengan harga yang murah dan mampu menginap.😁

Range harga hotel ni memang bawah RM200 untuk 2 orang termasuk free buffet breakfast. Macam kitorang hari tu dapat RM140 je 1 malam free breakfast untuk 2orang. Murahkan kitorang book melalui agoda. Nak tahu cara book aku ada share kat entry Booking Hotel melalui AGODA .

Dari segi facilities semua lengkap. Ada spa, swimming pool, gym dan macam-macam lagi. Parking pun senang 1 bangunan denagn hotel je.

Kalau kedai makan pun tak susah nak cari sebab depan hotel ni memang ada food court . So far agak strategik gak la hotel ni.

Dari segi buffet breakfast dia memang best. Kira lengkap la semua jenis level makanan ada. memang puas hati dan berbaloi.

Untuk range 1 hingga 10 (10 yg terbaik) , aku bagi 8. Kalau tanya nak stay lagi ke tak. Of course la nak sbb orang macam aku ni memang penting kan keselesaan bagai. Tapi bajet ciput. Siapa yang macam aku, boleh le pilih New York Hotel. Memang berbaloi.


(Gambar dari Agoda)

Ni di lobby hotel. Service cepat dan selesa.


(Gambar dari Agoda)

Room pun selesa untuk kitorang yg beranak dua ni.


(Gambar dari Agoda)

Tempat makan paling syok.

The Little Big Club Theme Park, Johor Bahru

Cerita ni dah lama sangat terperam sebab niat nak menulis tu tersangatlah malas. So, hari ni baru nak story percutian 3 hari 2 malam ke Johor Bahru. Kenapa Johor? Sebab nya pakcik coach mempunyai cuti yang limited dan bulan December la yang dia free sikit untuk bercuti tanpa kurang gangguan. Eh tapi kenapa Johor kan. Masih tak jawab. huhuhu. Sebabnya bila dah ada dua bujang yang memang suka bermain kenalah bawak tempat yang diorang boleh enjoyyyyyyy.. Kalau selama ni pergi JPO untuk mak pak dia je yang syok sendiri. ahaks.

So memang excited sesangat bebudak ni bila dapat pergi ke The Little Big Club(TLBC) ni. Tapi abang kuwus panggil thomas town je. Tempat ni letak nye sebelah Hotel Puteri Habour, Nusajaya. So, kalau yang nak menetap kat situ memang dekatlah. Jalan kaki je dah sampai. Macam kitorang menginap di New York Hotel. Ada cerita dekat entry New York Hotel, Johor Bahru- Murah .

Operation hours:
Monday- Sunday (10am-6pm)

Untuk masuk kat TLBC ada dua pass:
1 ) Thomas town + others caracters - RM85
2)  Thomas town + others caracters - RM125
      + Hello Kitty Town
tapi

Untuk pemegang My Kad ada 20% less. So kitorang bayar RM68 jelah. Harga tiket sama ye untuk kanak-kanak 3 tahun sehingga dewasa. Bawah 3 tahun free.So better korang beli kat kaunter dan tunjukkan mykad. Kalau beli online rugi sebab tak boleh dapat discount.

TLBC ni ada 3 tingkat. Tingkat 1 hello kitty. Tingkat 3 Thomas town. Kalau korang beli tiket hello kitty, korang boleh masuk tingkat 1 jelah. Tapi kalau beli thomas town korang boleh masuk tingkat 2 dan tingkat 3. So, macam aku memang beli thomas town je. Anak pun dua-dua lelaki kan. Memang idok le nak membazir beli hello kitty tu.

Kitorang pergi masa ni hari khamis. Sampai dekat pukul 12 gak la. tapi tak berapa ramai orang sangat sebab hari orang bekerja kan. Memang saja datang hari kerja sebab tempat2 macam ni bila weekend memang jenuh la nak beratur kalau untuk main setiap game yang ada.

Untuk yang bawak anak kecil tu tak payah risau sangat sebab tempat ni macam dalam shopping mall. So memang tak kan kene hujan panas pun. Cafe pun ada untuk makan di tingkat 3. Tapi harga mahal sikitla. Kitorang haritu beli gak 2 set fish and chip sebab dah kelaparan kan. 1 set harga dalam belas-belas rasanya. Lupe dah. Almaklum cerita tahun lepas, baru terhegeh nak cerita kan.


Ni kat area Thomas town. memang excited budak berdua ni.


Muka abang yang kepenatan sebab dah memanjat semua tempat dalam thomas town tu.


Ni ada pulak apa entah nama tempat nya. Tapi macam tempat main kat shopping mall tu. Ibu pun nak try gak. hihihi


Bergambar dgn Bob The Builder pulak. Ni ada waktu2 tertentu je dia akan keluar.


Abang muka ada senyum dapat salam.

Dengan Pingu pulak.

Abang yang kelaparan.




Abang dengan adik excited dapat tengok Barney;s show. Siap menari-nari.



Ibu dengan ayah pun nak join jugak.












Layan la semua gambar yang ada. So far memang budak-budak ni seronok sangat. Dapat main berulang kali sampai puas.