Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Wednesday, April 27, 2016

Jalan-jalan cari makan di Kuala Selangor

Oit siapa kata di Selangor tak ada tempat makan best. Ada banyak tau. Cuma aku je tak berapa nak explore sebelum ni. Padahal anak jati Selangor tu. Tapi tinggal di Klang. So, boleh maafkan lah daku yang tak tahu makanan best2 area Kuala Selangor ni.

Biasa kalau sebut belah2 sana ni confirm yang glamour Sekinchan ikan bakar dan Aroma ikan bakar. Tapi sekinchan aku tak berapa gemar. Kalau Aroma tu memang favourite gak la. Harga pun boleh tahan. Tapi sebenarnya banyak lagi kedai makan yang best2 kat sana tu. Last week aku ni terikut lah laki aku pergi lawat match bola kat tanjung karang dalam paksa rela. Sebab dah tahu dah confirm bosan tengok orang main bola. Tapi bila ajak bab makan memang laju lah aku mengikut. Hihihihi. Tapi yang tak syok nya aku tak ambil sekeping pun gambar. Mana tak nye dah jadi mak orang ni memang confirm lah sibuk bergaduh dengan anak nak makan bagai. So, gambar yang aku upload jap lagi semua ihsan google ye... Huhuhu...

Ni aku senaraikan tempat makan yang boleh korang try :

1) Aroma Ikan Bakar, Jeram

gambar ehsan google

Tempat ni memang senang je nak cari. Kalau dah sampai jeram tu, korang pandang belah kiri je nanti ada signboard aroma ikan bakar ni. Pastu terus je nanti sebelum sampai ke pantai jeram amek simpang kiri memang nampak aroma ni. Kedai dia besar dan memang ramai orang. Kalau hari cuti datang petang lagi bagus. Tempat makan dia pun ada 2 jenis. Kalau nak duduk dekat bamboo tu korang kene bayar. tak ingat la rm20 kot. Tapi kalau duduk kat kerusi biasa free je. ala kat bamboo tu macam duduk kat tepi pantai la. Tapi aku tak pernah try pun sebab datang nak mencekik je. hihihi.

2) Mentarang Bakar, Sekinchan

   

Yang ni dah dekat dengan Sabak Bernam. Tapi ni aku makan dah lame gile.. Tengok gambar tu Khalil kecik lagi kot. hihhihi. Kalau x silap kedai ni belah kanan kalau dari Klang. Ala tepi2 tu banyak yang jual mentarang bakar ni. Yang sekarang aku dengar yang glamour Faridah mentarang bakar. So korang google je confirm keluar. Tapi kedai ni siang je. Kalau datang malam nampak tapak kedai je. hihihi

3) Kari ikan sembilang, Tanjung karang

Yang ni aku try google gambar macam tak ada yang sama la pulak. Tapi dia tepi jalan besar je. Signboard pun besar. Kalu dari Klang belah kanan. Boleh tahan gak la. Kalau tak nak kari, korang boleh minta asam pedas ikan sembilang. Ikan pulak korang boleh minta seekor atau sepotong. Ikan tu besar tau kalau seekor. Bagi tekak aku ok lah. Coconut ice cream pun ada. Tu anak aku yang makan. 

4) Coconut shake, Pasir Penambang

gambar ehsan google

Korang jangan fikir klebang je ada coconut shake. Kat pasir penambang pun glamour. Tapi rase dia aku xtahu la plak. Sebab dah kenyang dan masa tu ramai sangat orang. So malas nak tunggu. Tapi dah ramai tu aku assume sedap la kot. Kedai tepi jalan gak dan kalau dari Klang belah kanan.

5)Nasi ambeng Warung ibu

gambar ehsan google

Ni pun aku tak tahu sedap ke tidak. Aku nampak signboard besar tepi jalan. Pastu nampak macam ramai orang. So siapa yang teringin nasi ambeng tu boleh try la. Bagi aku nasi ambeng kene makan time lapar. Kalau tak kene kongsi2 sebab potion dia agak banyaklah.

6) Air mangga fresh

gambar ehsan google

Ni on the way nak ke sabak bernam memang korang akan nampak kat kiri dan kanan banyak orang jual mangga. Kadang-kadang ada jambu air, jagung dengan ciku. Air mangga fresh pun diorang ada jual. Memang best la. Terbaik dari ladang.

7) Air Nira Nipah

gambar ehsan google

Siapa tak pernah minum sila angkat tangan. hihihi. Air nira nipah ni sedap. Dia rasa manis gak la. Tapi ada rasa macam rasa buah gak. Tak tahu la nak describe macam mana. Tapi bagi aku sedap. Kadan-kadang susah gak nak dapat. Sebab dengar cite susah gak nak dapatkan nira nipah ni. Ni yang fresh tau. Tak ada campur apa-apa pun. Tepi2 jalan banyak jual tapi korang jangan bawak laju2. Confirm terlepas sebab gerai diorang ni kecik2 je. Area tg karang yang banyak air nira ni.

8) Cendol Bakar Kuala Selangor

Ha yang ni jangan korang mimpi pulak makan cendol yang dibakar berasap2. Nama owner dia Bakar. Tu sebab letak cendol bakar. Kalo Ali diorang letak le cendol Ali. Dengar kata sedap sebab ramai gile orang. Tapi aku tak pernah rasa lagi. Cawangan dia pun banyak. Kat Melaka ada kat area nak ke Melaka Freeport Outlet. Kat dengkil pun ada satu. Yang lain korang google ek. hihihi..

Ha siapa kata Selangor tak ada makanan best-best. Ni aku dah senaraikan .. So korang boleh le pergi tengok sedap ke tak. Ni semua area jeram, Kuala Selangor, Tg Karang , Sekinchan... Senang cite jalan nak ke Sabak Bernam la..

Tuesday, April 26, 2016

Forex Mudah by Jo

~Alkisah nak jadi kaya raya... Nak mengejar wang berjuta-juta.. Modalnya alahai senang saja.. blablablalabla... ~

Siapa nak kaya????? Angkat kaki tangan laju-laju. Amboi cakap pasal kaya memang laju je korang kan. Patut tajuk letak tips untuk jadi kaya. Confirm rating naik. hahaha. Oklah ni nak cerita cara macam mana untuk tambah income je. Bukan skim cepat kaya ye. Kalau fikir nak cari skim cepat kaya boleh main jejauh ye. shuh... Kalau nak dengar pasal MLM pun bukan. Boleh leave page.. hihihi..

Ni nak cerita pasal FOREX. Aku akan cerita berdasarkan apa yang aku faham lah.. Korang tahu ke forex tu apa? Ianya sejenis kuih yang boleh dimakan dan rangup. ok tu aku tipu. Forex ni nama lain dia Foreign Exchange atau dalam bahasa jawa nya urusniaga mata wang. Perdagangan/ transaksi ni melibatkan mata wang satu2 negara dengan negara yang lain di dunia selama 24 jam secara berterusan. Mata wang yang didagangkan pulak ada USD, YEN, EUR dan banyak lagi. So, kalau nak tahu detail korang boleh google je pasal forex ni memang berlambak-lambak la keluar.

Tapi bukan ke FOREX ni haram???? Ha???? jeng jeng jeng... Ok pasal hal ni memang banyak dah diperdebatkan dan macam-macam fatwa semua keluar. Kalau korang google pun memang akan banyak cerita dan video ceramah upload pasal hukum forex ni. Tapi kebanyakannya yang menjatuhkan hukum berdasarkan apa yang di dengar dan bila ditanya tak tahu pun sebenarnya forex ni apa. Sampailah aku dengar satu video daripada ustad pakar ekonomi (nama aku terlupa plak). Apa yang dinyatakan memang mudah untuk kita faham dan berlandaskan syarita Islam. Nak tahu apa dia cakap ???? Nak buat apa sekali pun mesti kene ada ILMU dan pastikan tidak berkait dengan RIBA' dan JUDI.

Nampak tak apa yang aku cuba nak sampaikan??? Nampak ke idok???
ILMU
Nak buat apa sekali pun kene ada ilmu..Barulah tak terpesong. So, haram ke tidak forex ni??? Tepuk dada tanyalah Iman. Maknanya kene berguru lah untuk mencari ilmu. Jangan pakai buat tanpa hala tuju je.

Aku pun try lah cari sumber2 berkenaan forex ni. Hampir 2 tahun gak la. Just baca info2 dan blog yang cerita pasal forex ni. Macam2 yang keluar. Memang semua tunjukkan duit yang berkepuk2. Tipulah kalau aku cakap tak terliur kan. Manusia biasa. Tapi masih tak paham pasal forex dan banyak jumpa yang merapu gak pun ada.. Yang macam MLM pun ada. Bila kita masuk je, orang atas kita akan dapat untung jugak. Yang ni pun ada orang offer aku masuk dan nak ajar murah sangat2. Tapi ada beberapa sebab yang aku tak berkenan untuk aku berguru.

Sampai lah aku terbaca instagram Cik Epal berkenaan forex. Tapi bukan dia yang ajar. Laki dia Jofliam yang ajar. Kalau tengok ayat2 dalam instagram dia memang rasa nak ketuk kepala dia laju2 je. Hahaha.. Melting dohhh.. Lepastu kalau tengok dalam tu memang pergi melancong saja. Gila tak teruja kau. Dalam tu aku nampak la  #FOREXMUDAHBYJO. Aku agak ni lah kelas dia. Lama gak la aku jadi silent reader. Makin lama aku tengok student dia makin ramai. Zaman sekarang ni kalau benda tak betul memang cepatlah viral kan. Tapi aku baca feedback student dia semua best-best. So, dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak bagaikan diletak ABC ditengah panas terik mentari penuh kemanisan. Aku pun direct wassup la dgn owner dia Jofliam. So, dia bagi detail-detail semua untuk aku jadi 1 of his student. Kelas pulak ada 2 jenis face to face dan online. Pilih yang korang senang la.  Before pergi kelas tu dia ada bagi nota. Serius cakap nota dia memang ringkas dan padat. Sampai aku mula-mula rasa macam aik betul ke mamat ni. Selalu yang aku duk google tu macam banyak gila nota hukum hakam bagai and complicated gile. Ok positif-positif. Nama pun FOREXMUDAHBYJO . Kene mudah la kan. Kalau susah dia letak la forexsusahbyjo ke forexcomplicatedbyjo ke. ok merapu dah.

Aku punya kelas awal 3/4/16 aritu. Baru je lagi kan. Maximum 5 orang je satu kelas. Berdebar gak nak masuk kelas dengan orang tak kenal. Kelas start pukul 10 pagi. Sampai awal dah tapi pusing2 sampai tersesat plak. Adeiii. Pastu main parking depan bangunan yg tak boleh parking kene saman pulak. Sadis betul.. Dugaan nak buat benda hebat kan. Huhuhu. Masa dalam kelas dia ajar semua dari basic, teknikal sampai la untuk entry. Lengkap dan padat. Tapi secara santai je. Ni yang sangat penting untuk membezakan forex dengan judi. Korang kene tahu nak baca chart dan bukan suka-suka je nak entry tanpa hala tuju. Apa yang penting kene minimizekan loss dan maximizekan profit. Masa tu barulah nampak apa yang budak2 dalam group selalu discuss. Owh lupe pulak. Once korang dah confirm nak masuk kelas FOREXMUDAHBYJO, nanti dia akan masuk kan korang dalam group telegram FOREXMUDAHBYJO (FMBJ). So, apa-apa news dia akan direct update kat situ. Kalau lepas kelas masih ada yang tak berapa faham pun korang boleh tanya kat situ. Banyak dah yang master ada dalam group tu. Kalau Jofliam tak ada, confirm2 ada yang akan tolong jawab. Padahal tak kenal pun tapi ukhuwah tu InshaAllah ada. Bagusnya diorang ikhlas nak sama2 dapat profit. Yelah diorang bukan dapat kepentingan pun kalau kita profit dan diorang pun tak rugi apa2 kalau kita loss. Tu yang bagus kat sini. Bukan setakat type2 je.. siap dengan gambar diorang upload untuk bagi kita betul2 faham. Bila ada best setup untuk entry confirm akan ada yang inform kat group. So yang blur2 ayam macam aku ni boleh la ikut je dulu. hihihi.. Lepas 1st kelas tu, akan ada pulak kelas follow up. Maknenye korang bayar sekali tapi dia akan ajar sampai bila-bila. Of course la ada date untuk follow up. Nampak tak yang bahagian ni pun dah memudahkan korang. Korang kalau masuk U pun kene bayar tiap semester kan. 

So, bila aku dah try sendiri aku memang suggest lah untuk beguru dan attend kelas  FOREXMUDAHBYJO ni. Aku pun budak baru belajar. Tak berapa nak pandai sangat nak terangkan. Tapi alhamdulillah faham. Kalau tak berapa confident korang boleh guna demo account dulu sebelum trade pakai real account macam aku. Kalau korang nak tahu best ke tidak FOREXMUDAHBYJO ni. Pergilah skodeng instagram Jofliam . Tanya direct kat dia.. InshaAllah korang pun akan dapat kebaikan dari dunia forex ni. Daaaa ~~~



Nah amek gambar sekeping. Cantik kan tempat kitorang belajar. Macam tepi laut. padahal tingkat 30 lebih rasenye. Lupe sudah.


Ni ada contoh video pasal #FOREXMUDAHBYJO 

Monday, April 25, 2016

Kisah Si Tukang Urut Power

Peh tajuk semua nak win. Al-kisah berbunyilah kisah di suatu hari yang tenang dan indah. hahahaha.. ok bukan nak bersyair bermadah bagai. Sebenarnya last week ada sembang dengan akak opis ni. Dia baru lepas pergi urut dekat sorang makcik ni. Daripada dia cerita memang macam ok sebab harga yang murah. RM40 je. Kira murah banyak la kalau nak banding dengan harga yang aku buat kat spa atau makcik yang selalu aku panggil datang rumah urut. Ok yang selalu tu tipu lah sebab dah lama dah masa lepas bersalin. sekarang baby pun dah nak masuk 11 bulan.

So, nak jadikan cerita aku pun pergilah ikut akak ni masa lepas balik keje. Makcik ni urut kat rumah dia. Nama tak payah bagi tahulah. Dia urut memang oklah dalam sejam macam tu. Dia cakap badan aku masuk angin. Tapi masa sebelum start tu dia tanya nama penuh dulu. Aku dah rasa macam tak berapa best la plak bila dia tanya2 nama bagai ni. Biasa kalau macam tu memang ada baca2 gak. Tapi aku biar je dia  urut. Urut tu lebih kurang la macam tukang urut biasa buat. Dia sendawa memang banyak la sebab dia kata badan aku banyak angin. Maybe memang macam tu kot kalau tukang urut ni. Kita yang banyak angin dia pulak yang sendawa.

Masa awal2 semua macam biasalah. Pastu dia start lah tanya kat rumah ada apa2 ke. Macam tu lah.. Macam nilah...masa tu aku jadi tak syok plak. Bila balik rumah mula la aku rasa takut... Adui padahal sebelum ni biasa je tak ada apa benda pun. Lepas habis urut dia bagi makan madu macam ada campur jamu kot. Lepastu bagi makan ubat bulat2 macam makjun ke manjakani.. Aku pun xtahu la. huhuhu... Yang ni I is tak suka hokay. Malam nak tidur rasa badan sakit2 plak. Orang cakap kalau lepas urut badan sakit2 maknanya tak bagus. So, aku rasa tukang urut ni tak sesuai kot dengan aku. Tapi aku memang tak berapa berkenan lah kalo yang SESUATU ni. Seram mak nokkkk..

Takpelah lepas ni cari yang mahal pun.. Takut kotttt.... huhuhuhu...

Gambar ehsan google.