Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Friday, October 7, 2016

Booking hotel melalui AGODA

Zaman sekarang ni semua benda di hujung jari. Tak susah macam dulu-dulu bila nak pergi bercuti kena call hotel booking atau pun turun naik hotel tanya harga dan kekosongan. Sekarang search je nama hotel atau tempat yang kita nak pergi berlambak-lambak lah keluar siap dengan diskaun lagi.

Kalau macam aku memang suka cari hotel siap-siap sebelum pergi bercuti. Untuk mengelakkan kelam-kabut dan tak dapat hotel yang kita nak. Lagi lah dah ada anak ni. Leceh sikit kalau nak cari hotel last minute ni.

Sebab tu aku suka pilih AGODA. Kalau ikutkan banyak lagi web lain yang menawarkan harga hotel terendah ni. Tapi aku lebih prefer AGODA. Harga murah dan friendly user. Dari segi booking pun cepat dia link ke hotel yang kita nak duduk tu. Rasa tak sampai setengah jam hotel dah dapat information. Sebab aku biasa dah lepas book terus call hotel dan diorang dapat dah maklumat tu.

Cara untuk korang book dengan AGODA ni senang sangat. Semudah ABC..

1) Search/Google AGODA Malaysia (www.agoda.com)


2) Register email address untuk memudahkan maklumat dihantar selepas booking dan untuk korang tahu promotion lain-lain lagi
3) Search tempat atau nama hotel yang korang nak pergi beserta tarikh
4) Pilih hotel bedasarkan harga atau rate atau apa yang korang nak
5) Untuk tahu best ke tak hotel tu, just baca pada feedback/review (Excellent yg paling bagus)
6) Lepas dah settle pilih hotel mana yang korang nak continue isi maklumat yang diorang nak dan pastikan tarikh betul
7) Ada beberapa kaedah pembayaran dan korang boleh pilih. Nak bayar segera atau bayar di hotel. Pastikan korang baca betul-betul term and condition dia. Jangan sampai dah bayar semua tersilap pulak.
8) Lepas settle semua korang kene check email sebab dia akan hantar maklumat melalui email. So slip tu yang korang kene tunjuk pada pihak hotel kalau di tanya
9) Settle sudah. So, boleh tanya direct dengan hotel ada tak nama korang book untuk hotel pada tarikh sekian.
10) Last sekali masa kat hotel korang tunjuk je slip tu pada pihak hotel.


Senang kan. Tak payah dah nak beratur lama-lama kat receptionist. nama korang dah siap register. Tinggal tidur je ok.  Selamat bercuti uolllllzzzz....

No comments:

Post a Comment