Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Monday, August 29, 2016

6 CARA DIET YANG DAPAT MENGHINDARI DARIPADA KANSER PAYUDARA.

Kanser payudara adalah sesuatu yang jarang difikirkan bagi ramai orang sehingga ia menjadi realiti. Mungkin Ibu, adik-beradik, anak perempuan, nenek, atau rakan berisiko menghadapinya. Terdapat perkara-perkara yang dilakukan untuk saling memberi sokongan dan memberi keutamaan terhadap kesihatan sama ada anda atau orang yang tersayang telah disahkan menghidapi penyakit ini.

Dengan mengubah cara diet, gaya hidup dan masa yang digunakan terhadap kesihatan, tidak mungkin melindungi diri daripada di diagnosis kanser payudara dan pelbagai penyakit-penyakit kronik yang lain.

   1. Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan:
Ini termasuk 10 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin berserat tinggi, kekacang dan bijian. Serat membantu menyingkirkan karsinogen di dalam najis, membantu mengimbangi tahap hormon dengan mengumuhkan lebihan estrogen dalam najis dan membantu menguruskan berat badan yang sihat. Pengambilan yang disyorkan ialah kira-kira 25-35 gram sehari. Komitmen seumur hidup berasaskan tumbuh-tumbuhan mempunyai manfaat yang berpanjangan.

   2. Sayur-sayuran cruciferous:
Banyak kajian telah membuktikan bahawa pengambilan sayur-sayuran cruciferous setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser payudara antara 20% – 40%. Amalkan 2 sajian sehari termasuk kubis, brokoli, kobis bunga, kale, bok choy, brussels dan turnips.

   3. Antioksidan:
Antioksidan membantu menghalang kerosakan oksidatif, menghalang percambahan sel, meningkatkan imuniti dan menghalang pertumbuhan tumor. Antaranya ialah Selenium (kacang brazil, bijirin), Vitamin C (brokoli, lada benggala, betik, strawberi, buah citrus), Vitamin E (keledek, avocado), kunyit, Resveratrol (anggur) dan Beta-karotena yang didapati dalam sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna terang oren, kuning merah dan berdaun hijau.

   4. Cecair:
Alkohol telah berulang kali terbukti penyebab kanser payudara di kalangan wanita meningkat sebanyak 40% dengan pengambilan 2 hidangan minuman beralkohol dalam tempoh seminggu. Pengambilan alkohol secara sederhana dan minum air biasa seberapa banyak yang mungkin. Pengambilan air lebih diperlukan apabila memakan diet tinggi serat untuk mengelakkan sembelit. Teh hijau juga bermanfaat kerana ia mengandungi flavonoid yang membantu DNA pemusnah sel pertumbuhan kanser payudara.

   5. Lemak:
Hadkan pengambilan makanan yang sangat tepu seperti daging lembu, kambing, organ dalaman haiwan dan produk tenusu tinggi lemak. Kajian telah menunjukkan bahawa diet rendah lemak akhirnya menjadi lebih tinggi serat dan protein sihat termasuk asid lemak omega-3. Bukan sahaja mendapat jantung yang sihat tetapi juga menghalang pertumbuhan tumor.

   6. Vitamin D:
Ramai di antara kita memerlukan makanan tambahan apabila tidak terdedah kepada cahaya matahari dan musim gugur dan musim sejuk untuk mereka yang tinggal di luar negara. Pengambilan vitamin D adalah berkaitan dengan mengurangkan risiko kanser payudara serta beberapa penyakit kronik yang lain dan mungkin kemurungan.


Sumber dari EZdiet.

Monday, August 1, 2016

Cara menangani STRESS

Korang pernah stress tak? Jangan cakap tak pernah ye. Aku luku kepala kang. Bila korang dah boleh start berfikir dengan waras, dah start la stress dalam hidup korang. Tapi stress ni ada macam-macam gaya sebab semua bergantung macam mana cara korang hidup.

Orang KAYA stress nak jaga harta, kumpul harta, cari harta dan macam-macam lagi.

Orang MISKIN pulak stress nak cari harta untuk keluar dari kemiskinan, untuk meneruskan kehidupan untuk bagi anak bini makan dan macam-macam lagi gak.

Orang BEKERJA stress kene marah dengan bos, dapat kawan-kawan yang suka cari pasal, dapat kerja bertimbun2, kene kejar dengan dateline, balik rumah uruskan hal rumah pulak.

Orang TAK BEKERJA macam surirumah stress nak layan kerenah anak-anak yang ramai tu, suami lagi, nak kemas rumah, poket tak berapa nak ada isi.

Orang BELAJAR stress nak exam, assignment tak siap, homework berlambak.

Pendek kata stress ni ada pada semua orang dan macam-macam cara dan gaya untuk tanganinya. Kalau silap tangani tu yang ada sampai bunuh diri tu.

CARA menangani STRESS:

1) Makan benda yang korang suke banyak-banyak (Tapi nanti gemok tambah stress pulak lagi)
2) Pergi melancong tempat yang tenang (Tapi balik jalan duit habis stress gak lagi)
3) Tidur (Ni ok gak tak payah kos)
4) Sembang atau cari orang untuk meluahkan (dapat yang ok bagus tapi dapat kaki ngumpat habis dia sebarkan pulak)
5) Fikirkan sesuatu yang positif atau pun positifkan segala benda yang menyebakan kita stress. (Cth kalau dah gaduh dengan orang dan memang tak boleh menang, fikirkan je sebab tu lah wujud nye syurga dan neraka) InshaAllah setiap perbuatan akan ada balasan yang setimpal.

Benda yang selalu aku buat bila stress yang no 5 tu memang susah tapi once korang dapat buat memang boleh release gila-gila. Paling penting korang boleh jadi awet muda. Idok lah urat2 putus dek kerana marahkan orang dan stress.

Kenapa tak percaya ke???? Ok gi lah try... Ni sebahagian je. Selebihnye korang cari sendiri ye... da~~~