Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Tuesday, January 8, 2019

Grand Blue Wave Hotel, Johor Bahru

Janji tetap ditepati ok. Cuma lambat sikit la untuk update. Biasalah penulis yang suam-suam kuku memang lah cenggini. Redha jelah korang yang nak membaca ni.

Untuk hotel Grand Blue Wave ni Nora bagi 5 bintang . hihihi . Jangan marah ye. Untuk aku punye rate dari markah 10 for the best, aku bagi 9 markah sebab semua dari segi hospitality dan facilities memang tiptop cuma untuk buffet breakfast aku rasa biasa-biasa je bagi standard hotel 4 star.

Dari  segi harga memang ok. Harga mampu bilik dan murah untuk hotel 4 star. Macam biasa aku book guna Agoda.com  .

gambar nanti-nanti lah ye.. tak ade mood nak update.. tapi apa yg nampak kat agoda tu memang sebiji macam gitu pun.. boleh bagi 4 haaaaa ..

Sebenarnya kat agoda aku book bilik yg biasa je.. tapi sebab sampai dah lambat dan bilik pun dah full.. so pihak hotel upgrade pada suite.. memang syok le.. hihihi.. breakfast pun sedap sangat ..

Thursday, July 19, 2018

6 TIPS KURUS DAN SIHAT

Salam bulan Zulkaedah.. syawal baru je meninggal kan kita... banyak sebenarnya benda nak share dengan uollz.. tapi tulah kan bila dah dilahirkan bukan sebagai penulis memang tak rajin la nak menulis nya.. tak apa lah slow2 ye.. lagi pun coretan untuk diri sendiri je.. so mana yang baca tu boleh la jadi kan manfaat..

Nak start macam mana pun tak tahu ni.. hihihi.. ok lah macam ni .. cerita nya bermula masa bulan ramadhan yang baru lepas ni.. bila nak bulan puasa ni saja-saja lah naik kat penimbang tu.. kekonon nak tengok la before dan after kan.. berapa kg pulak turun untuk bulan puasa kali ni... biasanya 5kg tu sesenang la.. tapi raya habis naik balik.. huhuhu..

So, dengan rasa tak bersalahnya aku pun naik lah penimbang .. taraaaaa 68kg weiiii.. terkejut beruk mak oiiii.. walaupun hakikatnya seluar dan sendat.. baju dah ketat.. nafas dah mengah.. pepagi pun dah mula mengantuk.. masih tak sedar diri.. yelah sebelum ni kalau naik banyak pun 65kg la paling berat.. ni rasa macam dah perempuan preggy beratnya.

Jadi awal ramadhan tu bermula la journey untuk MENJAGA KESIHATAN & KURUS di hari raya... gituuuu... sebenarnya tak susah mana pun tapi mental kene kuat.. kebetulan pakcik coach sebulan kene kerja kat europe.. so memang mudah lah keje aku nak kurus sbb kawan makan tak ada ... hihihi

Ada beberapa tips yang aku buat dan tengok kat internet dgn instagram.

TIPS MENJAGA KESIHATAN DAN KURUS

1) KURANGKAN GULA
- benda ni paling important.. kau kurang la makan macam mana pun tapi kalau pengmbilan gula kau tak jaga memang hancus.. macam aku memang aku cut terus gula.. air manis ke.. kuih manis ke.. memang aku tak ambil langsung.. jangan risau sangat la sbb dalam buah, dalam nasi dan dalam benda lain yang kita makan tu ada gula dah.. so, bila cut gula korang akan rasa letih, ngantuk dan kadang-kadang macam menggigil dalam 2 ke 3 hari sebab gula dalam badan sedang di bakar.. lepastu gula barulah lemak pulak dibakar.. so nampak tak kenapa 1st sekali aku tekankan kurangkan gula.. kalau yang 1st ni korang tak boleh buat memang agak payah la untuk reduce your weight... gula juga akan menyebabkan korang makin cepat nampak tua..

2) JAGA PEMAKANAN / KIRA KALORI
- Lepas korang dah cut gula, baru jaga pemakanan pulak.. benda ni simple je.. 1st kene start dengan fikir sebelum makan.. apa pun yang nak masuk dalam perot korang kene fikir dulu baik dan buruk nya.. lagi bagus kalau boleh kira kalori yang dimakan.. apps zaman sekarang berlambak.. download je.. mudah kan keje korang.. tapi kalau takut confuse ke tersasar ke.. makan je jenis yg bakar, rebus atau kukus.. tapi kalau jenis berkuah tu jangan pulak korang hirup kuah dengan berselera.. lagi2 bila makan kat luar.. sebab kuah tu banyak bahan perasa dan kadang2 tinggi kalori.. karbo complex macam bihun, mee, keowteow, biskut, roti putih dan seangkatan dengannya tinggal kan la dulu.. benda2 tu melambatkan proses penurunan dan boleh membuatkan peha dan pipi tak akan ada perubahan..

3) JAGA WAKTU MAKAN
- Waktu makan paling penting.. untuk berdiet dan jaga kesihatan ni kita kene makan ikut waktu sebab sistem dalam badan kita ni memang dah di program kan cantik dan akan mudah digest pada waktunya.. breakfast wajib ambil pagi.. pukul 8 ke 9 memang waktu terbaik.. jangan pukul 11 baru nak breakfast.. waktu makan yg salah pun menyebabkan berat tak turun malah akan naik pulak.. lunch antara pukul 12 ke 1.. dinner 5-7 ptg.. snacking selepas waktu breakfast dan lunch adalah sangat penting.. 2 waktu ni lah yang selalu menyebabkan diet kita fail... waktu2 utama biasanya mudah kan.. tapi bila waktu snacking mula lah kita tersasar dan cari keropok la.. manisan la... sbb rasa nak mengunyahkan.. so, untuk yg bekerja macam aku baik korang bawak siap2 buah-buahan atau almond ke... supaya korang tak la pergi kafe dan beli makanan yg merapu untuk snacking..

4) MINUM AIR KOSONG BUKAN AIS
- Penting sangat.. kau beli lah produk kurus mahal macam mana pun... mesti seller tu akan bagi tahu minum air kosong banyak.. betul ke idok???? betul kan.. sebab apa pun yang korang makan, air kosong ni lah yang akan neutral kan balik... so sangat penting bila berdiet atau pun tak untuk minum air kosong.. kalau aku memang sehari lebih 3 liter air kosong aku balun.. pergi opis pun memang hangkut botol besar.. sistem penghadaman korang tak akan ada masalah kalau minum air kosong banyak ok.. kulit akan lembap je.. barulah awet muda.. gituuuuu.. hahaha.. jangan korang bantai ais pulak.. tu benda yang paling aku pantang dari zaman anak dara sampai lah sekarang.. minum sikit2 tu adalah tapi memang jarang sangat.. lagi2 perempuan ni tak payah la minum ais.. tak elok untuk dalaman tau..

5) SUSU
- Selalunya orang berdiet ni suka breakfast dengan susu kan.. mesti nak cari yang low fat.. ala2 sihat gitu... fresh milk lagi... tak ada maknanya.. semua itu dusta... hahahaha.. korang kene baca betul2 label yang ditulis tu.. biasanya kandungan gula masih tinggi.. sebab tu korang minum susu tu sedap dan lemak berkrim di sukai ramai kan.. susu yang wajib korang cari mesti susu skim.. barulah tak ada gula dan lemak.. macam aku minum COLOSKIM dari Zhulian.. susu ni ada colostrum sbb susu awal lembu...khasiatnya sama macam susu awal ibu tu.. susu skim memang mahal dan kebiasaan rasanya lebih light dan tak berkrim macam susu yg berlemak bagai tu..

6) SENAMAN
- kenapa aku letak senaman ni kat hujung2.. sbb kalau kau tak jaga pemakanan dan gula.. senaman korang adalah sia-sia... sebab hari2 terpaksa struggle untuk bakar gula yang korang makan...baru bakar gula sikit korang tambah lagi gula.. dah tu bilanya nak bakar lemak kan??? sampai ke tua la korang bersenam tapi dapat turun kan setakat 2 ke 3 kg je... tu kalau korang rajin sampai ke tua.. kalau korang setakat hangat2 tahi ayam.. jawabnya 3 bulan je lah pastu melingkup... hahahaha

Ok utk bersenam ni bagi orang yang bekerja office hour dan masa limited macam aku ni.. the best time adalah waktu pagi.. waktu pagi aku buat plank, push up, squad dan skipping.. aku buat ni tiap hari dalam 20 minit je pun.. tapi kene consistent.. semua senaman tu dan merangkumi the whole body.. try buat sebulan.. confirm perut pun flat helok..peha pun kecik.. utk senaman peha tu aku buat yg angkat kaki separas pinggang tu.. lupa lak namanye apa.. try bua dulu korang akan nampak resultnya.


Nilah 6 perkara basic yang aku buat untuk reduce weight.. berjaya atau tak semuanya bergantung pada mental.. dan aku buat pulak masa bulan puasa .. jadi memang senang lah nak turun sebab dugaan makan waktu siang kurang... tapi ada gak rules kat atas tu yang aku langgar.. lagi2 bila ada jemputan makan waktu berbuka puasa.. mana boleh tahan.. hahaha

Tapi still la berpada-pada.. satu benda yang masih aku istiqomah daripada zaman sekolah sampai lah sekarang adalah TIDAK MINUM SEJURUS SELEPAS MAKAN... benda ni memang aku buat untuk elakkan perot buncit.. sebab tu anak dah 2 tapi perot sis masih flat... gituuu.. hahahaha

So, uollzzz nak tahu tak resultnya bila aku buat 6 tips diatas.. ni cerita dalam masa sebulan tau...cukup je sebulan puasa tu aku timbang... tetttttttt tinggal 57kg je berat aku... 11 kg hilang dalam masa sebulan.. dan yang paling penting aku tak pernah dapat berat gini... biasanya setakat 60kg je.. dalam sejarah peribadi aku ni... dengan ketinggian 168 cm dan berat sekarang rasanye ok dah kot.. sbb mcm papan lapis la pulak hilang cutting... hahahaha...

Sekian terima kasih lah untuk yg rajin membaca perkongsian tak seberapa... ni cara aku.. cara korang maybe berbeza.. boleh ambil mana yang sesuai... yang penting end result tu... daaaa...

Thursday, May 17, 2018

Dugaan Ramadhan 2018

Marhabah ya Ramadhan.. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak buat semua umat Islam di muka bumi Allah ini.. Semoga ramadhan kali ini kita dapat jalani ibadah dengan penuh kesabaran dan mengumpul sebanyaknya kejayaan.

Buat encik suami yang berada nun jauh di perantauan, cik isteri mengucapkan semoga tabah dalam menghadapi segala cabaran berpuasa selama 18 jam.. InshaAllah besar ganjaran bagi orang yang bersabar..

Lama sangat dah tak mencoret dalam blog sendu bagaikan duduk di pekan lendu.. hihihihi .. Bila rasa jiwa kacau ke.. serabut ke.. kat sini lah tempat terbaik untuk menulis.. sebab macam aku cakap tadi ni kan blog sendu.. so memang tak akan ada lah kenalan yang rajin untuk buka dan baca. hanya aku saja yang tulis dan baca.. huhuhu

So macam mana dengan hari pertama berpuasa uollzzz????

Dah banyak dugaan ke?? ada yang dah start membawang??

Kadang-kadang dalam hidup ni memang terlalu banyak dugaan.. cuma kita saja yang boleh jadikan dugaan itu besar atau kecil.. kita saja lah yang mampu untuk hadapi atau tak.. semuanya atas kita.. Kita boleh jadi kuat... kita boleh jadi lemah.. semuanya atas kita.. orang lain tak tahu dan kadang-kadang tak nak ambil tahu pun..

Berbeli-belit kan apa aku cakap hari ni.. sebenarnya simple je apa yang aku nak sampaikan.. dalam hidup ni kita kena jaga mulut.. bila bercakap berpada-pada.. walaupun dengan orang yang kita kenal.. sebab kita tak pernah tahu apa masalah dia pada hari tu.. masa tu.. ketika tu.. jangan cuba untuk susahkan orang lain.. permudahkan lah orang lain dan Allah akan cuba permudahkan hidup kita.. ringan kan mulut untuk bertanya jangan terlalu drastik membuat keputusan.. memang rambut sama hitam.. memang hari-hari kita bergurau.. memang kita terbiasa dengan sikap dan perangai yang selalu.. tapi ingat hari ini tak sama dengan semalam.. esok tak sama dengan lusa.. jadinya pekalah dengan keadaan sekeliling.

Kerana hidup ini hanya sementara.. jangan sampai ada yang terluka hingga di bawa mati. jadi sempena bermulanya kita berpuasa pada hari ini, saya memohon keampunan dan kemaafan atas keterlajuran kata yang sengaja atau tidak.. semoga ibadah ramadhan kita pada tahun ini menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.. aamiiin...

Thursday, August 24, 2017

New York Hotel, Johor Bahru - Murah

Last entry ada cerita tentang New York Hotel kan masa last year kitorang berjimba di JB. So, Aku share sikit la apa yang best kat hotel ni.

Hotel ni merupakan hotel 4 star yang terletak di bandaraya Johor Bahru dengan harga yang murah dan mampu menginap.😁

Range harga hotel ni memang bawah RM200 untuk 2 orang termasuk free buffet breakfast. Macam kitorang hari tu dapat RM140 je 1 malam free breakfast untuk 2orang. Murahkan kitorang book melalui agoda. Nak tahu cara book aku ada share kat entry Booking Hotel melalui AGODA .

Dari segi facilities semua lengkap. Ada spa, swimming pool, gym dan macam-macam lagi. Parking pun senang 1 bangunan denagn hotel je.

Kalau kedai makan pun tak susah nak cari sebab depan hotel ni memang ada food court . So far agak strategik gak la hotel ni.

Dari segi buffet breakfast dia memang best. Kira lengkap la semua jenis level makanan ada. memang puas hati dan berbaloi.

Untuk range 1 hingga 10 (10 yg terbaik) , aku bagi 8. Kalau tanya nak stay lagi ke tak. Of course la nak sbb orang macam aku ni memang penting kan keselesaan bagai. Tapi bajet ciput. Siapa yang macam aku, boleh le pilih New York Hotel. Memang berbaloi.


(Gambar dari Agoda)

Ni di lobby hotel. Service cepat dan selesa.


(Gambar dari Agoda)

Room pun selesa untuk kitorang yg beranak dua ni.


(Gambar dari Agoda)

Tempat makan paling syok.

The Little Big Club Theme Park, Johor Bahru

Cerita ni dah lama sangat terperam sebab niat nak menulis tu tersangatlah malas. So, hari ni baru nak story percutian 3 hari 2 malam ke Johor Bahru. Kenapa Johor? Sebab nya pakcik coach mempunyai cuti yang limited dan bulan December la yang dia free sikit untuk bercuti tanpa kurang gangguan. Eh tapi kenapa Johor kan. Masih tak jawab. huhuhu. Sebabnya bila dah ada dua bujang yang memang suka bermain kenalah bawak tempat yang diorang boleh enjoyyyyyyy.. Kalau selama ni pergi JPO untuk mak pak dia je yang syok sendiri. ahaks.

So memang excited sesangat bebudak ni bila dapat pergi ke The Little Big Club(TLBC) ni. Tapi abang kuwus panggil thomas town je. Tempat ni letak nye sebelah Hotel Puteri Habour, Nusajaya. So, kalau yang nak menetap kat situ memang dekatlah. Jalan kaki je dah sampai. Macam kitorang menginap di New York Hotel. Ada cerita dekat entry New York Hotel, Johor Bahru- Murah .

Operation hours:
Monday- Sunday (10am-6pm)

Untuk masuk kat TLBC ada dua pass:
1 ) Thomas town + others caracters - RM85
2)  Thomas town + others caracters - RM125
      + Hello Kitty Town
tapi

Untuk pemegang My Kad ada 20% less. So kitorang bayar RM68 jelah. Harga tiket sama ye untuk kanak-kanak 3 tahun sehingga dewasa. Bawah 3 tahun free.So better korang beli kat kaunter dan tunjukkan mykad. Kalau beli online rugi sebab tak boleh dapat discount.

TLBC ni ada 3 tingkat. Tingkat 1 hello kitty. Tingkat 3 Thomas town. Kalau korang beli tiket hello kitty, korang boleh masuk tingkat 1 jelah. Tapi kalau beli thomas town korang boleh masuk tingkat 2 dan tingkat 3. So, macam aku memang beli thomas town je. Anak pun dua-dua lelaki kan. Memang idok le nak membazir beli hello kitty tu.

Kitorang pergi masa ni hari khamis. Sampai dekat pukul 12 gak la. tapi tak berapa ramai orang sangat sebab hari orang bekerja kan. Memang saja datang hari kerja sebab tempat2 macam ni bila weekend memang jenuh la nak beratur kalau untuk main setiap game yang ada.

Untuk yang bawak anak kecil tu tak payah risau sangat sebab tempat ni macam dalam shopping mall. So memang tak kan kene hujan panas pun. Cafe pun ada untuk makan di tingkat 3. Tapi harga mahal sikitla. Kitorang haritu beli gak 2 set fish and chip sebab dah kelaparan kan. 1 set harga dalam belas-belas rasanya. Lupe dah. Almaklum cerita tahun lepas, baru terhegeh nak cerita kan.


Ni kat area Thomas town. memang excited budak berdua ni.


Muka abang yang kepenatan sebab dah memanjat semua tempat dalam thomas town tu.


Ni ada pulak apa entah nama tempat nya. Tapi macam tempat main kat shopping mall tu. Ibu pun nak try gak. hihihi


Bergambar dgn Bob The Builder pulak. Ni ada waktu2 tertentu je dia akan keluar.


Abang muka ada senyum dapat salam.

Dengan Pingu pulak.

Abang yang kelaparan.




Abang dengan adik excited dapat tengok Barney;s show. Siap menari-nari.



Ibu dengan ayah pun nak join jugak.












Layan la semua gambar yang ada. So far memang budak-budak ni seronok sangat. Dapat main berulang kali sampai puas.

Wednesday, October 26, 2016

TESCO online - Cara mudah membeli-belah

Zaman moden ni semua benda pun nak online. Sebabnya mudah dan cepat. Tak payah nak bersesak-sesak nak cari barang. Lagi-lagi bila ada SALE. Memang confirm lah bersesak umat manusia. Korang biasa ke dengar TESCO ONLINE ni? Kalau setakat beli baju ke tudung ke memang dah biasakan. Ni beli barang-barang keperluan dapur. Pernah dengar ke tak? Yang pernah tu ok lah. Yang tak pernah tu meh aku cerita macam mana cara nak beli barang dapur secara online. 

Actually lama dah TESCO ONLINE ni wujud. Aku rasa dah dekat 2 tahun gak la aku beli guna servis TESCO ONLINE ni. Almaklumlah anak dah 2 orang ni. Tak terkejar dah nak shopping bagai. Nanti karang anak entah kemana barang pun tak dapat. Silap-silap gaduh laki bini pulak. Uishhh tak nak lah gitu.

Ok sekarang meh aku story macam mana nak guna TESCO ONLINE ni.

1)Korang bukak   https://eshop.tesco.com.my/  atau pun google je tesco online malaysia


 2) Untuk yang first time kena click register. Untuk yang 2nd time tu terus sign in jelah.

Isikan butir-butir macam yang diminta. Follow je sampailah lah step 3.

3) Selesai register, pihak TESCO akan hantar pada email yang korang register untuk buat pengesahan.

4) Taraaaa..Korang dah boleh start shopping. kalau nak tahu barang murah cari je dekat bahagian promotion

5) Lepas dah puas hati dengan harga barang semua korang click chekout. 

6) Pilih slot untuk pihak TESCO ONLINE nak hantar barang. Tarikh dan masa. Biasanya waktu petang ke malam free delivery. Pagi ada cas dalam RM5 rasanya. Tapi ok lah tu. kalau kita pergi beli sendiri pun confirm lebih dari tu kena keluar duit kan. Make sure korang shopping sehari sebelum nak guna barang2 tu tau. Kalau jam tu nak guna memang tak dapatlah ye. Confirm book slot tu penuh.

7) Pastikan alamat dan no telefon korang betul ye. Memudahkan barang yang hendak dihantar nanti.

8) Cara pembayaran korang boleh pilih sama ada guna debit card/credit card/online banking. Aku biasa guna debit je senang. Masa dapat barang tu cek semua barang ada terus bayar kat depan rumah je. Untuk barang yang tak ada diorang akan inform dan replace dengan barang yang hampir sama. Kalau korang tak nak just inform je.


FINISH!!!! Senangkan guna TESCO ONLINE ni. Tak payah nak bersesak dan beratur bagai. Yang paling best barang korang nak beli pun terkawal tau sebab bila dah selesai korang mesti akan tengok total RM kan. So, kalau terlebih bajet boleh la cancel. Senangkan. Kalau kat kaunter boleh buat gitu. Memang tak lah. Nak buat nya tu boleh tapi malu oiiii... huhuhu..

So, cubalah shopping TESCO ONLINE. Confirm tak nyesal. Barang yang sampai pun fresh sebab datang dengan lori siap freezer hokey. Ha macam kat bawah tu.


Ihsan google.



Friday, October 7, 2016

Booking hotel melalui AGODA

Zaman sekarang ni semua benda di hujung jari. Tak susah macam dulu-dulu bila nak pergi bercuti kena call hotel booking atau pun turun naik hotel tanya harga dan kekosongan. Sekarang search je nama hotel atau tempat yang kita nak pergi berlambak-lambak lah keluar siap dengan diskaun lagi.

Kalau macam aku memang suka cari hotel siap-siap sebelum pergi bercuti. Untuk mengelakkan kelam-kabut dan tak dapat hotel yang kita nak. Lagi lah dah ada anak ni. Leceh sikit kalau nak cari hotel last minute ni.

Sebab tu aku suka pilih AGODA. Kalau ikutkan banyak lagi web lain yang menawarkan harga hotel terendah ni. Tapi aku lebih prefer AGODA. Harga murah dan friendly user. Dari segi booking pun cepat dia link ke hotel yang kita nak duduk tu. Rasa tak sampai setengah jam hotel dah dapat information. Sebab aku biasa dah lepas book terus call hotel dan diorang dapat dah maklumat tu.

Cara untuk korang book dengan AGODA ni senang sangat. Semudah ABC..

1) Search/Google AGODA Malaysia (www.agoda.com)


2) Register email address untuk memudahkan maklumat dihantar selepas booking dan untuk korang tahu promotion lain-lain lagi
3) Search tempat atau nama hotel yang korang nak pergi beserta tarikh
4) Pilih hotel bedasarkan harga atau rate atau apa yang korang nak
5) Untuk tahu best ke tak hotel tu, just baca pada feedback/review (Excellent yg paling bagus)
6) Lepas dah settle pilih hotel mana yang korang nak continue isi maklumat yang diorang nak dan pastikan tarikh betul
7) Ada beberapa kaedah pembayaran dan korang boleh pilih. Nak bayar segera atau bayar di hotel. Pastikan korang baca betul-betul term and condition dia. Jangan sampai dah bayar semua tersilap pulak.
8) Lepas settle semua korang kene check email sebab dia akan hantar maklumat melalui email. So slip tu yang korang kene tunjuk pada pihak hotel kalau di tanya
9) Settle sudah. So, boleh tanya direct dengan hotel ada tak nama korang book untuk hotel pada tarikh sekian.
10) Last sekali masa kat hotel korang tunjuk je slip tu pada pihak hotel.


Senang kan. Tak payah dah nak beratur lama-lama kat receptionist. nama korang dah siap register. Tinggal tidur je ok.  Selamat bercuti uolllllzzzz....