Marhabah ya Ramadhan.. Selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak buat semua umat Islam di muka bumi Allah ini.. Semoga ramadhan kali ini kita dapat jalani ibadah dengan penuh kesabaran dan mengumpul sebanyaknya kejayaan.
Buat encik suami yang berada nun jauh di perantauan, cik isteri mengucapkan semoga tabah dalam menghadapi segala cabaran berpuasa selama 18 jam.. InshaAllah besar ganjaran bagi orang yang bersabar..
Lama sangat dah tak mencoret dalam blog sendu bagaikan duduk di pekan lendu.. hihihihi .. Bila rasa jiwa kacau ke.. serabut ke.. kat sini lah tempat terbaik untuk menulis.. sebab macam aku cakap tadi ni kan blog sendu.. so memang tak akan ada lah kenalan yang rajin untuk buka dan baca. hanya aku saja yang tulis dan baca.. huhuhu
So macam mana dengan hari pertama berpuasa uollzzz????
Dah banyak dugaan ke?? ada yang dah start membawang??
Kadang-kadang dalam hidup ni memang terlalu banyak dugaan.. cuma kita saja yang boleh jadikan dugaan itu besar atau kecil.. kita saja lah yang mampu untuk hadapi atau tak.. semuanya atas kita.. Kita boleh jadi kuat... kita boleh jadi lemah.. semuanya atas kita.. orang lain tak tahu dan kadang-kadang tak nak ambil tahu pun..
Berbeli-belit kan apa aku cakap hari ni.. sebenarnya simple je apa yang aku nak sampaikan.. dalam hidup ni kita kena jaga mulut.. bila bercakap berpada-pada.. walaupun dengan orang yang kita kenal.. sebab kita tak pernah tahu apa masalah dia pada hari tu.. masa tu.. ketika tu.. jangan cuba untuk susahkan orang lain.. permudahkan lah orang lain dan Allah akan cuba permudahkan hidup kita.. ringan kan mulut untuk bertanya jangan terlalu drastik membuat keputusan.. memang rambut sama hitam.. memang hari-hari kita bergurau.. memang kita terbiasa dengan sikap dan perangai yang selalu.. tapi ingat hari ini tak sama dengan semalam.. esok tak sama dengan lusa.. jadinya pekalah dengan keadaan sekeliling.
Kerana hidup ini hanya sementara.. jangan sampai ada yang terluka hingga di bawa mati. jadi sempena bermulanya kita berpuasa pada hari ini, saya memohon keampunan dan kemaafan atas keterlajuran kata yang sengaja atau tidak.. semoga ibadah ramadhan kita pada tahun ini menjadi yang terbaik diantara yang terbaik.. aamiiin...
No comments:
Post a Comment