Our LOVE

Daisypath Anniversary tickers
cinta mampu mengubah segala..namun kita tetap sama..andai kita lalang..maka matilah kita dibawanya..andai kita madu..maka bahagia jadinya..

nuffnang

Wednesday, October 26, 2016

TESCO online - Cara mudah membeli-belah

Zaman moden ni semua benda pun nak online. Sebabnya mudah dan cepat. Tak payah nak bersesak-sesak nak cari barang. Lagi-lagi bila ada SALE. Memang confirm lah bersesak umat manusia. Korang biasa ke dengar TESCO ONLINE ni? Kalau setakat beli baju ke tudung ke memang dah biasakan. Ni beli barang-barang keperluan dapur. Pernah dengar ke tak? Yang pernah tu ok lah. Yang tak pernah tu meh aku cerita macam mana cara nak beli barang dapur secara online. 

Actually lama dah TESCO ONLINE ni wujud. Aku rasa dah dekat 2 tahun gak la aku beli guna servis TESCO ONLINE ni. Almaklumlah anak dah 2 orang ni. Tak terkejar dah nak shopping bagai. Nanti karang anak entah kemana barang pun tak dapat. Silap-silap gaduh laki bini pulak. Uishhh tak nak lah gitu.

Ok sekarang meh aku story macam mana nak guna TESCO ONLINE ni.

1)Korang bukak   https://eshop.tesco.com.my/  atau pun google je tesco online malaysia


 2) Untuk yang first time kena click register. Untuk yang 2nd time tu terus sign in jelah.

Isikan butir-butir macam yang diminta. Follow je sampailah lah step 3.

3) Selesai register, pihak TESCO akan hantar pada email yang korang register untuk buat pengesahan.

4) Taraaaa..Korang dah boleh start shopping. kalau nak tahu barang murah cari je dekat bahagian promotion

5) Lepas dah puas hati dengan harga barang semua korang click chekout. 

6) Pilih slot untuk pihak TESCO ONLINE nak hantar barang. Tarikh dan masa. Biasanya waktu petang ke malam free delivery. Pagi ada cas dalam RM5 rasanya. Tapi ok lah tu. kalau kita pergi beli sendiri pun confirm lebih dari tu kena keluar duit kan. Make sure korang shopping sehari sebelum nak guna barang2 tu tau. Kalau jam tu nak guna memang tak dapatlah ye. Confirm book slot tu penuh.

7) Pastikan alamat dan no telefon korang betul ye. Memudahkan barang yang hendak dihantar nanti.

8) Cara pembayaran korang boleh pilih sama ada guna debit card/credit card/online banking. Aku biasa guna debit je senang. Masa dapat barang tu cek semua barang ada terus bayar kat depan rumah je. Untuk barang yang tak ada diorang akan inform dan replace dengan barang yang hampir sama. Kalau korang tak nak just inform je.


FINISH!!!! Senangkan guna TESCO ONLINE ni. Tak payah nak bersesak dan beratur bagai. Yang paling best barang korang nak beli pun terkawal tau sebab bila dah selesai korang mesti akan tengok total RM kan. So, kalau terlebih bajet boleh la cancel. Senangkan. Kalau kat kaunter boleh buat gitu. Memang tak lah. Nak buat nya tu boleh tapi malu oiiii... huhuhu..

So, cubalah shopping TESCO ONLINE. Confirm tak nyesal. Barang yang sampai pun fresh sebab datang dengan lori siap freezer hokey. Ha macam kat bawah tu.


Ihsan google.



Friday, October 7, 2016

Booking hotel melalui AGODA

Zaman sekarang ni semua benda di hujung jari. Tak susah macam dulu-dulu bila nak pergi bercuti kena call hotel booking atau pun turun naik hotel tanya harga dan kekosongan. Sekarang search je nama hotel atau tempat yang kita nak pergi berlambak-lambak lah keluar siap dengan diskaun lagi.

Kalau macam aku memang suka cari hotel siap-siap sebelum pergi bercuti. Untuk mengelakkan kelam-kabut dan tak dapat hotel yang kita nak. Lagi lah dah ada anak ni. Leceh sikit kalau nak cari hotel last minute ni.

Sebab tu aku suka pilih AGODA. Kalau ikutkan banyak lagi web lain yang menawarkan harga hotel terendah ni. Tapi aku lebih prefer AGODA. Harga murah dan friendly user. Dari segi booking pun cepat dia link ke hotel yang kita nak duduk tu. Rasa tak sampai setengah jam hotel dah dapat information. Sebab aku biasa dah lepas book terus call hotel dan diorang dapat dah maklumat tu.

Cara untuk korang book dengan AGODA ni senang sangat. Semudah ABC..

1) Search/Google AGODA Malaysia (www.agoda.com)


2) Register email address untuk memudahkan maklumat dihantar selepas booking dan untuk korang tahu promotion lain-lain lagi
3) Search tempat atau nama hotel yang korang nak pergi beserta tarikh
4) Pilih hotel bedasarkan harga atau rate atau apa yang korang nak
5) Untuk tahu best ke tak hotel tu, just baca pada feedback/review (Excellent yg paling bagus)
6) Lepas dah settle pilih hotel mana yang korang nak continue isi maklumat yang diorang nak dan pastikan tarikh betul
7) Ada beberapa kaedah pembayaran dan korang boleh pilih. Nak bayar segera atau bayar di hotel. Pastikan korang baca betul-betul term and condition dia. Jangan sampai dah bayar semua tersilap pulak.
8) Lepas settle semua korang kene check email sebab dia akan hantar maklumat melalui email. So slip tu yang korang kene tunjuk pada pihak hotel kalau di tanya
9) Settle sudah. So, boleh tanya direct dengan hotel ada tak nama korang book untuk hotel pada tarikh sekian.
10) Last sekali masa kat hotel korang tunjuk je slip tu pada pihak hotel.


Senang kan. Tak payah dah nak beratur lama-lama kat receptionist. nama korang dah siap register. Tinggal tidur je ok.  Selamat bercuti uolllllzzzz....